Pagi Ahad kembali lagi
Aku bangkit pada pagi Ahad
Tiada cara yang tidak menyakitkan untuk memegang kepalaku
Bir yang aku nikmati untuk sarapan boleh tahan juga
Jadi aku nikmatinya lagi sebagai pencuci mulut
Kemudian aku menyelongkar pakaianku di dalam almari
Dan aku terjumpa baju kotorku yang terbersih
Kemudian aku membasuh muka dan menyikat rambutku
Dan aku tersadung tangga sebagai permulaaan hariku
Aku telah merangsang mindaku pada malam sebelumnya
Dengan rokok dan lagu-lagu yang telah kupilih
Aku menyalakan rokok pertamaku dan perhatikan seorang budak kecil
Yang sedang bermain dengan tin yang ditendangnya
Kemudian aku berjalan melintasi jalan
Dan aku terbau ayam yang sedang digoreng
Oh Tuhan, aku teringat sesuatu yang aku telah hilang
Di suatu tempat, entah bagaimana
Di pinggir jalan pada pagi Ahad
Aku berharap pada Tuhan untuk dibekukan
Kerana ada sesuatu pada hari Ahad
Yang membuat jasad berasa sunyi
Dan tiada apa yang seringkas mati
Yang sebahagiannya sesunyi bunyinya
Di pinggir jalan bandar yang sepi
Dan pagi Ahad beransur pergi
Di taman aku terlihat seorang bapa
Yang menghayun anak perempuannya yang sedang ketawa di buaian
Dan aku berhenti di sebelah gereja
Dan mendengar nyanyian mereka
Kemudian aku menuruni jalan
Dan entah dari mana aku terdengar loceng kesepian
Dan bunyinya bergema melalui gaung
Seperti impian semalam yang telah pudar